Tuesday 5 November 2013

TUDUNG @ AURAT


Assalammualaikum...

Melihat kepada trend tudung yang hijabista ini menjadi penggalak kepada pelbagai keluaran tudung dipasaran, saya ingin menyentuh sedikit bagaimana kaum wanita berfikir dalam pemililhan tudung.

Pada mata kasar tudung hanyalah element barangan untuk menutup aurat. Hanya kerana ia menjadi salah satu eksesori wanita masa kini maka ia telah diekploitasikan menjadi bahan perniagaan. 

Pelbagai style pemakaian, warna, corak serta fabrik yang dilambakkan dipasaran untuk dipadankan dengan 1001 jenis pakai wanita.

Benarlah Al-Quran ada tercatat bahawa seindah-indah perhiasan adalah wanita yang solehah. Bagaimana sebaris ayat ini dieksplotasi oleh mereka yang mengejar keuntungan tanpa menitik beratkan tanggungjawab terhadap agama.

Persoalan yang akan timbul pada pembeli apa bila membeli tudung adalah, padan tak dengan baju. cukup berkualti ke, cantik tak nanti kalau pakai dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa anda mementingkan padangan manusia dan telah diperdaya oleh fesyen dan bagaimana anda diekslotasi oleh pasaran.

Pada pendapat saya seharusnya anda sematkan dalam hati tentang bagaimana pandangan Allah S.W.T dan memikirkan bagaimana jika tudung ini dipakai nanti adakah ia mampu menutup aurat dan tidak mendatangkan fitnah mahupun godaan kepada mereka yang bukan muhrim.

Jika ditanya apakah tudung yang paling sesuai untuk dipakai, bagi saya adalah bergantung kepada warna rambut anda. Tidakkah Allah s.w.t menjadikan kita sebaik-baik kejadian, maka beruntunglah bagi mereka yang berfikir. 

Jika membeli tudung pastikan ia menutup aurat anda bukan sekadar mengikut trend, dan bukanlah menutup aurat jika hanya bertudung tetapi berlengan pendek, berbaju ketat dan berseluar sendat.

Saya hanya berpesan-peasan kepada kebenaran, sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang kurang itu dari diri saya sendiri.


Terima Kasih kerana sudi membaca.


NUKILAN : AHMAD SUFIAN RIDUAN

Creative Director STROKESLIFE.ARD • Islamic Direction Ard


Islamic | Malaysia | Advertising | Tudung | Trend | Exploitasi | Design | Creative | Art Direction | 








HALAL MALAYSIA



Assalammualaikum


Halal dan No Pork, 2 perkara yang dianggap sama tetapi hakikatnya sangat berbeza. Istilah halal dalam islam merangkumi segala aspek daripada penternakan sehinggalah bahan itu menjadi makanan dan ia tidak hanya melibatkan makanan sebaliknya segala bentuk barang kegunaan seorang Muslim haruslah halal. 


Namun berdasarkan visual diatas, hal yang saya ingin ketengahkan adalah soal halal pada makanan yang dijual. Kebanyakkan restoran yang tidak memohon persijilan halal pada JAKIM akan menggunakan tanda NO PORK sebagai lambang restoran tersebut menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh seorang muslim atau menarik penggunjung islam, walhal mereka hanya tahu bahawa seorang muslim tidak boleh makan khizir dan makanan yang melibatkan binatang haram ini tidak dimasak di restoran tersebut.


Alangkah mudahnya kita disogok dengan makanan yang meraggukan, dan sedarkah kita bahawa jiwa dan minda kita telah dinodai oleh makanan yang meragukan ini.


99.9% pemilik restoran yang meletakkan tanda NO PORK ini adalah mereka yang bukan Muslim,
pengunjungnya pula 60% Islam, itu belum lagi kita menyentuh tentang keraguan tentang tukang masaknya, bahan tambahan untuk masakan dan peralatan masakan. Kita sebenarnya diexplotasi oleh mereka.


Jika ketika ini anda membaca artikal ini dan terasa sudah terlambat, sebenarnya kita masih sempat mengubah situasi ini. Jangan biarkan anak-anak kita dirosakkan minda dan jiwanya dengan makanan yang diragui. Kita perlu bermula dengan diri kita sendiri kemudian keluarga dan masyarakat. Moga generasi seterusnya lebih bijak menilai daripada menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan didepan mereka.


Saya hanya berpesan-pesan kepada kebenaran, sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri.

Terima Kasih.


NUKILAN : AHMAD SUFIAN RIDUAN
Creative Director STROKELIFE.ARD • Islamic Direction Ard