Tuesday 5 November 2013

HALAL MALAYSIA



Assalammualaikum


Halal dan No Pork, 2 perkara yang dianggap sama tetapi hakikatnya sangat berbeza. Istilah halal dalam islam merangkumi segala aspek daripada penternakan sehinggalah bahan itu menjadi makanan dan ia tidak hanya melibatkan makanan sebaliknya segala bentuk barang kegunaan seorang Muslim haruslah halal. 


Namun berdasarkan visual diatas, hal yang saya ingin ketengahkan adalah soal halal pada makanan yang dijual. Kebanyakkan restoran yang tidak memohon persijilan halal pada JAKIM akan menggunakan tanda NO PORK sebagai lambang restoran tersebut menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh seorang muslim atau menarik penggunjung islam, walhal mereka hanya tahu bahawa seorang muslim tidak boleh makan khizir dan makanan yang melibatkan binatang haram ini tidak dimasak di restoran tersebut.


Alangkah mudahnya kita disogok dengan makanan yang meraggukan, dan sedarkah kita bahawa jiwa dan minda kita telah dinodai oleh makanan yang meragukan ini.


99.9% pemilik restoran yang meletakkan tanda NO PORK ini adalah mereka yang bukan Muslim,
pengunjungnya pula 60% Islam, itu belum lagi kita menyentuh tentang keraguan tentang tukang masaknya, bahan tambahan untuk masakan dan peralatan masakan. Kita sebenarnya diexplotasi oleh mereka.


Jika ketika ini anda membaca artikal ini dan terasa sudah terlambat, sebenarnya kita masih sempat mengubah situasi ini. Jangan biarkan anak-anak kita dirosakkan minda dan jiwanya dengan makanan yang diragui. Kita perlu bermula dengan diri kita sendiri kemudian keluarga dan masyarakat. Moga generasi seterusnya lebih bijak menilai daripada menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan didepan mereka.


Saya hanya berpesan-pesan kepada kebenaran, sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri.

Terima Kasih.


NUKILAN : AHMAD SUFIAN RIDUAN
Creative Director STROKELIFE.ARD • Islamic Direction Ard








No comments:

Post a Comment